Monday, August 30, 2010

Faktor pengeluaran


Sistem perniagaan sama seperti sistem ekonomi, memerlukan sumber-sumber untuk mengeluarkan barangan dan perkhidmatan.


1. Tanah
Tanah merupakan sumber alam semula jadi yang boleh digunakan untuk pengelauran barangan dan perkhidmatan. Tanah meliputi semua sumber perhutana seperti kayu balak, sumber pertanian seperti hasil pertanian oleh pekebun, sumber perusahaan seperti hasil pertanian oleh pekebun, sumber perusahaan seperti tapak-tapak kilang milik usahawan, sumber galian seperti bijih timah, gas dan minyak serta sumber lautan seperti hasil tangkapan ikan.


2.Buruh
Buruh pula merupakan semua sumber manusia yang diperlukan untuk menukarkan bahan-bahan mentah kepada barangan dan perkhidmatan. Ini termasuk semua pekerja dalam sesebuah organisasi daripada pengurusan atasan hingga ke pekerja bawahan. Setiap pekerja mempunyai kemahiran yang berbeza dan kemahiran pangurusan merupakan aspek penting bagi tenaga buruh dalam sebuah organisasi.


3.Modal
Modal ialah jumlah kewangan dan per alatan, kelengkapan, jentera dan bangunan yang di gunakan unyuk pengeluaran barangan dan perkhidmatan. Dalam kes ini, modal bukan merujuk kepada kewangan sahaja kerana wang dengan sendirinya adalah tidak produktif. Namun, apabila wang yang digunakan untuk membeli peralatan seperti mesin, komputer dan bangunan, wang tersebut dikatakan produktif kerana dapat meningkatkan kecekapan dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan.


4.Keusahawanan
Keusahawanan ialah himpunan kemahiran dan keupayaan menghadapi risiko serta kreativiti yang perlu digabungkan dengan faktor-faktor pengeluaran yang lain untuk pengeluaran barangan dan perkhidmatan.

Aminuddin, M. (1997) a Guide to Human Resoe Managment, 2nd Edition, Shah Alam: Fajar Bakti

Wednesday, August 25, 2010

Definisi perniagaan


Aktiviti menyediakan barang dan perkhidmatan kepada pelanggan dengan bermotifkan keuntungan.


Perniagaan merangkumi empat perkara penting yang berikut:
  • Barangan atau perkhidmatan
Barang ialah produk fizikal seperti roti, televisyen, kereta dan komputer yang di keluarkan sama ada untuk kegunaan pengguna akhir atau untuk tujuan pengeluaran dan jualan semula. Perkhidmatan merupakan sesuatu aktiviti yang mendatangkan faedah kepada konsumer dan lain-lain perniagaan. Syarikat pengangkutan, insurans, agen pelancongan dan salon kecantikan ialah contoh-contoh perniagaan yang berorientasi perkhimatan.


  • Pertukaran nilai
Pertukaran nilai merujuk kepada semua aktiviti urus niaga di mana pembeli memberikan sesuatu yang bernilai kepada penjual sebagai pulangan kepada produk yang di dapatinya, sama ada dalam bentuk barangan ataupun perkhidmatan. Urus niaga tersebut selalunya melibatkan pertukaran wang.


  • Keuntungan perniagaan
Keuntungan ialah matlamat utama semua perniagaan. Keuntungan didiapati setelah semua kos pengeluaran, kos operasi dan cukai di tolak daripada jumlah pendapatan atau jumlah jualan. Keuntungan ialah kayu pengukur kejayaan dan juga ganjaran bagi sesuatu perniagaan yang mampu bersaing di pasaran.


  • Memudahkan keperluan dan kehendak pengguna
Pengguna mempunyai keperluan semula jadi untuk barangan asas seperti makanan, minuman, pakaian dan tempat tingggal. Kehendak pengguna adalah tidak terhad dan timbul akibat daripada situasi persekitaran yang merangsang penguna untuk memiliki  barangan
 dan perkhidmatan yang di hasilkan oleh pemasar. Untuk memastikan urus niaga berlaku dan keuntungan perlu menawarkan barangan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
Proses perniagaan


  • Input
Sumber-sumber yang dikenali sebagai faktor pengeluaran merupakan input yang digunakan sebagai bahan dalam proses pengeluaran. Contohnya, bagi pengeluaran kain/tekstil, pengilang memerlukan kapas (bahan mentah) untuk diproses, manusia (tenaga buruh/pekerja) untuk menyelenggarakan mesin, wang (modal) untuk membeli bahan mentah, mesin dan membayar upah pekerja serta kemahiran 9okeusahawanan) untuk mengaagih sumber-sumber tersebut.


  • Proses pengeluaran
Setelah bahan mentah terkumpul, bahan tersebut akan diproses atau ditukarkan menjadi kain. Kerja -kerja pemprosesan dan pengeluaran ini dilkukuan dengan menggunakan mesin yang diselenggerakan oleh pekerja-pekerja yang mahir dalam mengendalikan mesin tersebut.


  • Output
Hsail daripada proses di atas, ialah arangan siap dan bagi contoh di atas, barang siap ialah kain atau tekstil. Jadi, kain ialah output  daripada proses pengeluaran yang dilakukan ke atas kapas (bahan mentah) tadi. Barangan siap tersebut (kain) akan dijual kepada individu-individu (pengguna terakhir) untuk mendapatkan keuntungan atau pulangan atas pelaburan yang telah dibuat.

Sunday, August 22, 2010

PENDEKATAN TINGKAH LAKU DAN HUBUNGAN MANUSIA


 1) Fokus utama pendekatan ini ialah mengkaji bagaimana tingkahlaku
pengurus dapat mendorong dan memotivasi pekerja bagi membolehkan
mereka bekerja dengan cekap untuk mencapai objektif yang telah
ditetapkan.




2) Pendekatan ini memberi tumpuan terhadap peningkatan kejayaan organisasi melalui penumpuan ke atas sumber manusia dalam organisasi.


3) Pendekatan hubungan manusia berorientasikan manusia dalam pengurusan.


4) Objektif utama pendekatan ini ialah untuk mengukuhkan kejayaan
organisasi melalui pembentukan hubungan yang bersesuaian dengan
manusia yang baik.




5) Pengurus perlu mengetahui mengapa pekerja menunjukkan satu
tingkahlaku yang tertentu dan apakah faktor psikologi dan sosial yang
mempengaruhi mereka bertingkahlaku.
 Fayol juga telah memperkenalkan 14 prinsip pengurusan umum untuk dijadikan



panduan kepada pengurus dalam menguruskan organisasi. Pemilihan prinsip ini


bergantung kepada pengalaman pengurus untuk dijadikan sebagai panduan dalam


menguruskan organisasi.






• Pembahagian kerja
 • Autoriti
 • Disiplin
 • Satu arahan
 • Uniti arah dan tujuan
 • Mengutamakan kepentingan umum
 • Ganjaran
 • Pemusatan
 • Rantaian skala
 • Teratur
 • Ekuiti
 • Kestabilan perkhidmatan personel
 • Inisiatif
 • Esprit de corps (kerjasama)


 a) Autoriti
 • Usaha memberi arahan dan mendapatkan ketaatan
 • Wujud daripada kedudukan formal dalam organisasi
 • Mewujudkan tanggungjawab


 b) Disiplin Penting untuk melancarkan perjalanan organisasi


 c) Satu arahan Pekerja hanya menerima arahan daripada seorang ketua sahaja


d) Uniti arah dan tujuan Semua aktiviti dirancang untuk mencapai matlamat yang sama


 e) Mengutamakan kepentingan umum tidak mengutamakan kepentingan peribadi atau kepentingan sekumpulan pekerja tertentu sahaja dalam organisasi.


 f) Ganjaran Pemberian ganjaran yang adil kepada pekerja dan majikan
g) Pemusatan
 • Pemusatan atau pemencaran bergantung pada keadaan 
• Memaksimumkan penggunaan kepakaran atau kecekapan pekerja


h) Rantaian skala
 • Rantaian autoriti dari atas ke bawah
 • Menggalakkan komunikasi mendatar
i) Teratur
• Peralatan disimpan di tempat masing-masing
 • Pekerja yang sesuai ditugaskan di tempat yang betul


 j) Ekuiti Pekerja dilayan dengan adil dan saksama


k) Kestabilan perkhidmatan personel Mengelakkan pusing ganti pekerja kerana pengambilan pekerja      baru melibatkan masa dan kos latihan yang tinggi
l) Inisiatif Pekerja digalakkan untuk mempunyai inisiatif sendiri dalam menyempurnakan tugas masing-masing


 m) Esprit de corps (kerjasama) Mengutamakan perpaduan dan semangat kerja berpasukan dalam menyempurnakan tugas
      SUMBANGAN HENRI FAYOL Henri Fayol (1841-1925)
 1) Fayol merupakan individu yang pertama membincangkan pengurusan sebagai



      satu proses dan juga mempunyai fungsi-fungsi yang khusus yang perlu diikuti


      oleh setiap pengurus. Beliau digelar ‘Bapa Pemikiran Pengurusan’ disebabkan


      oleh idea-idea beliau dalam bidang pengurusan dan idea-idea beliau masih lagi


      digunakan hingga saat ini. Menurut Fayol setiap organisasi perlu diuruskan


       berdasarkan 5 fungsi pengurusan iaitu:






• Perancangan
 • Pengorganisasian
 • Pengarahan
 • Penyelarasan
 • Pengawalan




 i. Perancangan Pengurus perlu membuat jangkaan terhadap peristiwa yang boleh memberi kesan kepada organisasi dan merancang pelan operasi yang sesuai untuk mendapatkan keputusan yang diingini pada masa depan.


ii. Pengorganisasian Pengurus harus menentukan gabungan yang sesuai bagi sumber     organisasi,termasuk mesin, bahan dan tenaga manusia; untuk menyiapkan sesuatu tugas.


 iii. Pengarahan Pengarahan melibatkan proses memberi arahan kepada pekerja. Pengurus perlu
bertindak sebagai model peranan dan mengamalkan komunikasi dua hala semasa
memberi arahan.


iv. Penyelarasan Pengurus akan menyelaraskan tindakan mereka melalui aktiviti yang
dilaksanakan. Pengurus harus sentiasa menilai struktur sedia ada jika wujud
sebarang kelemahan




.v. Pengawalan Pengawalan penting bagi memastikan aktiviti sebenar yang dijalankan adalah Konsisten dengan aktiviti yang dirancang