Wednesday, August 25, 2010

Definisi perniagaan


Aktiviti menyediakan barang dan perkhidmatan kepada pelanggan dengan bermotifkan keuntungan.


Perniagaan merangkumi empat perkara penting yang berikut:
  • Barangan atau perkhidmatan
Barang ialah produk fizikal seperti roti, televisyen, kereta dan komputer yang di keluarkan sama ada untuk kegunaan pengguna akhir atau untuk tujuan pengeluaran dan jualan semula. Perkhidmatan merupakan sesuatu aktiviti yang mendatangkan faedah kepada konsumer dan lain-lain perniagaan. Syarikat pengangkutan, insurans, agen pelancongan dan salon kecantikan ialah contoh-contoh perniagaan yang berorientasi perkhimatan.


  • Pertukaran nilai
Pertukaran nilai merujuk kepada semua aktiviti urus niaga di mana pembeli memberikan sesuatu yang bernilai kepada penjual sebagai pulangan kepada produk yang di dapatinya, sama ada dalam bentuk barangan ataupun perkhidmatan. Urus niaga tersebut selalunya melibatkan pertukaran wang.


  • Keuntungan perniagaan
Keuntungan ialah matlamat utama semua perniagaan. Keuntungan didiapati setelah semua kos pengeluaran, kos operasi dan cukai di tolak daripada jumlah pendapatan atau jumlah jualan. Keuntungan ialah kayu pengukur kejayaan dan juga ganjaran bagi sesuatu perniagaan yang mampu bersaing di pasaran.


  • Memudahkan keperluan dan kehendak pengguna
Pengguna mempunyai keperluan semula jadi untuk barangan asas seperti makanan, minuman, pakaian dan tempat tingggal. Kehendak pengguna adalah tidak terhad dan timbul akibat daripada situasi persekitaran yang merangsang penguna untuk memiliki  barangan
 dan perkhidmatan yang di hasilkan oleh pemasar. Untuk memastikan urus niaga berlaku dan keuntungan perlu menawarkan barangan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

No comments:

Post a Comment