Sunday, August 22, 2010

      SUMBANGAN HENRI FAYOL Henri Fayol (1841-1925)
 1) Fayol merupakan individu yang pertama membincangkan pengurusan sebagai



      satu proses dan juga mempunyai fungsi-fungsi yang khusus yang perlu diikuti


      oleh setiap pengurus. Beliau digelar ‘Bapa Pemikiran Pengurusan’ disebabkan


      oleh idea-idea beliau dalam bidang pengurusan dan idea-idea beliau masih lagi


      digunakan hingga saat ini. Menurut Fayol setiap organisasi perlu diuruskan


       berdasarkan 5 fungsi pengurusan iaitu:






• Perancangan
 • Pengorganisasian
 • Pengarahan
 • Penyelarasan
 • Pengawalan




 i. Perancangan Pengurus perlu membuat jangkaan terhadap peristiwa yang boleh memberi kesan kepada organisasi dan merancang pelan operasi yang sesuai untuk mendapatkan keputusan yang diingini pada masa depan.


ii. Pengorganisasian Pengurus harus menentukan gabungan yang sesuai bagi sumber     organisasi,termasuk mesin, bahan dan tenaga manusia; untuk menyiapkan sesuatu tugas.


 iii. Pengarahan Pengarahan melibatkan proses memberi arahan kepada pekerja. Pengurus perlu
bertindak sebagai model peranan dan mengamalkan komunikasi dua hala semasa
memberi arahan.


iv. Penyelarasan Pengurus akan menyelaraskan tindakan mereka melalui aktiviti yang
dilaksanakan. Pengurus harus sentiasa menilai struktur sedia ada jika wujud
sebarang kelemahan




.v. Pengawalan Pengawalan penting bagi memastikan aktiviti sebenar yang dijalankan adalah Konsisten dengan aktiviti yang dirancang





No comments:

Post a Comment