Sunday, August 22, 2010

 Fayol juga telah memperkenalkan 14 prinsip pengurusan umum untuk dijadikan



panduan kepada pengurus dalam menguruskan organisasi. Pemilihan prinsip ini


bergantung kepada pengalaman pengurus untuk dijadikan sebagai panduan dalam


menguruskan organisasi.






• Pembahagian kerja
 • Autoriti
 • Disiplin
 • Satu arahan
 • Uniti arah dan tujuan
 • Mengutamakan kepentingan umum
 • Ganjaran
 • Pemusatan
 • Rantaian skala
 • Teratur
 • Ekuiti
 • Kestabilan perkhidmatan personel
 • Inisiatif
 • Esprit de corps (kerjasama)


 a) Autoriti
 • Usaha memberi arahan dan mendapatkan ketaatan
 • Wujud daripada kedudukan formal dalam organisasi
 • Mewujudkan tanggungjawab


 b) Disiplin Penting untuk melancarkan perjalanan organisasi


 c) Satu arahan Pekerja hanya menerima arahan daripada seorang ketua sahaja


d) Uniti arah dan tujuan Semua aktiviti dirancang untuk mencapai matlamat yang sama


 e) Mengutamakan kepentingan umum tidak mengutamakan kepentingan peribadi atau kepentingan sekumpulan pekerja tertentu sahaja dalam organisasi.


 f) Ganjaran Pemberian ganjaran yang adil kepada pekerja dan majikan
g) Pemusatan
 • Pemusatan atau pemencaran bergantung pada keadaan 
• Memaksimumkan penggunaan kepakaran atau kecekapan pekerja


h) Rantaian skala
 • Rantaian autoriti dari atas ke bawah
 • Menggalakkan komunikasi mendatar
i) Teratur
• Peralatan disimpan di tempat masing-masing
 • Pekerja yang sesuai ditugaskan di tempat yang betul


 j) Ekuiti Pekerja dilayan dengan adil dan saksama


k) Kestabilan perkhidmatan personel Mengelakkan pusing ganti pekerja kerana pengambilan pekerja      baru melibatkan masa dan kos latihan yang tinggi
l) Inisiatif Pekerja digalakkan untuk mempunyai inisiatif sendiri dalam menyempurnakan tugas masing-masing


 m) Esprit de corps (kerjasama) Mengutamakan perpaduan dan semangat kerja berpasukan dalam menyempurnakan tugas

No comments:

Post a Comment