Faktor pengeluaran
Sistem perniagaan sama seperti sistem ekonomi, memerlukan sumber-sumber untuk mengeluarkan barangan dan perkhidmatan.
1. Tanah
Tanah merupakan sumber alam semula jadi yang boleh digunakan untuk pengelauran barangan dan perkhidmatan. Tanah meliputi semua sumber perhutana seperti kayu balak, sumber pertanian seperti hasil pertanian oleh pekebun, sumber perusahaan seperti hasil pertanian oleh pekebun, sumber perusahaan seperti tapak-tapak kilang milik usahawan, sumber galian seperti bijih timah, gas dan minyak serta sumber lautan seperti hasil tangkapan ikan.
2.Buruh
Buruh pula merupakan semua sumber manusia yang diperlukan untuk menukarkan bahan-bahan mentah kepada barangan dan perkhidmatan. Ini termasuk semua pekerja dalam sesebuah organisasi daripada pengurusan atasan hingga ke pekerja bawahan. Setiap pekerja mempunyai kemahiran yang berbeza dan kemahiran pangurusan merupakan aspek penting bagi tenaga buruh dalam sebuah organisasi.
3.Modal
Modal ialah jumlah kewangan dan per alatan, kelengkapan, jentera dan bangunan yang di gunakan unyuk pengeluaran barangan dan perkhidmatan. Dalam kes ini, modal bukan merujuk kepada kewangan sahaja kerana wang dengan sendirinya adalah tidak produktif. Namun, apabila wang yang digunakan untuk membeli peralatan seperti mesin, komputer dan bangunan, wang tersebut dikatakan produktif kerana dapat meningkatkan kecekapan dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan.
4.Keusahawanan
Keusahawanan ialah himpunan kemahiran dan keupayaan menghadapi risiko serta kreativiti yang perlu digabungkan dengan faktor-faktor pengeluaran yang lain untuk pengeluaran barangan dan perkhidmatan.
Aminuddin, M. (1997) a Guide to Human Resoe Managment, 2nd Edition, Shah Alam: Fajar Bakti
No comments:
Post a Comment