Monday, September 27, 2010

Prakata

Blog ini di tulis untuk pelajar-pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM0 yang mengambil subjek Pengajian Perniagaan. Isi kandungan blog ini mengandungi Sukatan Pelajaran Pengajian Perniagaan STPM yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Blog ini amat sesuai untuk di jadikan rujukan penting oleh pelajar_pelajar yang mengambil subjek Pengjian Perniagaan dalam STPM dan Matrikulasi.Setiap isi dalam blog ini telah di olah dengan kemas, teratur, dan sistematik.

Akhir sekali, saya berharap agar pelajar-pelajar akan memanfaatkan blog ini dengansepenuhnya untuk menghadapi peperiksaan. Segala komen berkaitan blog ini boleh di kemukakan. Nama-nama penulis tidak melambangkan keutamaan sumbangan  kepada penuliis.
Definisi Pengurusan

Proses merancang, mengorganisasi, memimpin, dan mengawal usaha semua ahli organisasi dan menggunakan sumber organisasi untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan deangan cekap dan berkesan.

  • Kecekapan
Melakukan sesuatu perkara dengan betul

  • Keberkesanan
Melakukan sesuatu yang betul


Griffin, R. W & Ebert, R. J. (1996) Bussiness, 4th Edition, New Jersey: Prentice Hall

Thursday, September 23, 2010

Sektor


Sektor swasta ~ merujuk kepada organisasi perniagaan yang dimiliki oleh individu-individu atau organisasi-organisasi tretentu sacara persendirian. Mereka saling bersaingan antara satu sama lain untuk mendapatkan sumber-sumber seperti tenaga buruh, modal, tanah untuk tapak kilang dan bahan-bahan mentah bagi pengeluaran produk dan perkhidmatan kepada konsumer. Sektor swasta adalah pemilikan tunggal, perniagaan perkongsian, perniagaan syarikat dan koperasi


Sektor awam ~ merujuk kepada organisasi-organisasi milik kerajaan yang menawarkan pelbagai barangan dan perkhidmatan kepada rakyat seperti pendidikan, rawatan pribatan, perkhidmatan polis, pertahanan dan infrastruktur. Sektor awam atau kerjaan tidak bermatlamatkan untuk mencari keuntungan.


Badan berkanun ~ ialah perbadanan kerajaan yang ditubuhkan di bawah undand-undang tertentu. Contoh badan berkanun ialah Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan Bank Pertanian. Badan berkanun merupakan entiti berasingan daripada perkhidmatan awam dan diuruskan oleh pengurus-pengurus yang berkemahiran dan berpengalaman sebagai pentadbir dalam kerajaan. Badan berkanun mempunyai fleksibiliti sebagai unit perniagaan.

Holt, D. (1993) Managment, 3rd Edition, New Jersey: Prentice Hall
Objektif Perniagaan

1. Keuntungan ~ baki pendapatan setelah ditolak semua perbelanjaan pengeluaran, pemasaran, dan perkhidmatan daripada jumlah penerimaan.

2. Penakatan ~ merupakan objektif untuk terus beroperasi di pasaran kerana hanya apabila sesebuah syarikat itu dapat terus hidup, objektf-objektif lain boleh tercapai.

3. Pertumbuhan ~ adalah objektif untuk memajukan syarikat. Peningkatan syer pasarn, produktiviti dan pembangunan individu adalah objektif pertumbuhan yang sangat penting. Pembukaan beberapa cawangan MAKRO di seluruh Malaysia adalah satu contoh pencapaian objektif melalui pertumbuhan.

4. Tanggungjawab ~ ialah satu komitmen oleh pihak syarikat untuk memberi perhatian kepada keperluan/kebajikan awam disamping aktiviti utama syarikat yang bermatlamatkan keuntungan. Contohnya, untuk mengawal pencemaran persekitaran, syarikat menggunakan bahan-bahan pembungkusan yang boleh di kitar semula.


Objektif bukan perniagaan

1.Meningkatkan penglibatan ahli dalam kegiatan-kegiatan berilmu seperti anjuran ceramah di masjid-masjid.

2. Mengrekrut ahli-ahli ke dalam kelab/persatuan seperti kelab alumni dan Persatuan Pandu Puteri.

3. Mengubah sukap negatif sesetengah golongan seperti yang dilakukan oleh PEMADAM, Greenpeace dan FOMCA.

Wednesday, September 1, 2010

Persekitaran tugas

1.  Pelanggan
  • Pelanggan merupakan komponen terpenting dan fokus utama dalam sistem perniagaan. Pelanggan sesebuah syarikat terdiri daripada individu-individu, kerajaan atau syarikat perniagaan lain. Setiap satunya empunyai ciri berbeza sama ada dari segi produk yang dikeluarkan ataupun cara keputusan belian dibuat.

2.  Pembekal

  • Pembekal merupakan jambatan atau orang tengah yang menghubungkan pihak pengeluar dengan pelanggan.

3.  Pesaing
  • Pesaing merupakan syarikat-syrikat lain yang wujud dalam industri yang sama. Persaingan boleh menghalang usaha-usaha pemasaran syarikat sama ada di peringkat domestik atau antarabangsa.
4.  Pembiaya dan pemodal
  • Pembiaya dan pemodal umumnya merujuk kepada bank, syarikat kewangan, syarikat insurans dan syarikat kad kredit yang terlibat dalam urus niaga kewangan yang menanggung risiko dalam urus niaga belian dan jualan barangan.
5.  Kerajaan
  • Undang-undang yang dibuat oleh kerajaan adalah berkaitan dengan jenis barangan yang boleh dijual, waktu operasi perniagaan, lesen perniagaan, tanda harga dan sebagainya.
6.  Pekerja
  • Pekerja merupakan aset penting bagi sesebuah organisasi. Mereka adalah pelanggan yang paling hampir dengan syrikat. Pekerja di dalam syrikat merangkumi peringkat pengurusan atasn, pengurusan pertengahan atau peringkat penyeliaan dan pekerja bawahan.
Persekitaran Perniagaan

  1. Persekitaran umum
  • Persekitaran ekonomi ~ merupakan satu persekitaran yang sangat diberikan perhatian oleh kebanyakan perniagaan. Antara ciri persekitaran ini adalah terdapat pembeli dan penjual saerta kehebatan persaingan dalam pasaran. Faktor yang mempengaruhi kuasa dan corak perbelanjaan pengguna.


    2.  Persekitaran persaingan
  • Pasaran monopoli ~ pasaran yang terdiri daripada pengeluar tunggal dan mempunyai kuasa menentukan harga atau mengeluarkan barang yang tiada pengganti.
  • Pasaran oligopoli ~ pasaran yang mempunyai beberapa firma besar yang menghasilkan barangan yang berbeza.
  • Pasaran persajngan monopolistik ~ pasaran yang mempunyai banyak firma dan menghasilkan barang yang berbeza tetapi mempunyai pengganti hampir.
  • Pasaran persaingan sempurna ~ pasaran yang mempunyai penjual yang banyak dalam menghasilkan barang yang homogen.

    3.  Persekitaran budaya
  • Sosiobudaya adalah satu set gabungan kepercayaan, nilai, adat, amalan, idea dan sikap yang terdapat dalam sesuatu kumpulan manusia atau masyarakat yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Institusi seperti keluarga dan masyarakat yang mempengaruhi nilai asas, perspsi, kegemaran, dan gelagat pengguna.

  4. Persekitaran politik
  • Undang-undang, agensi kerajaan, dan kumpulan pendesak yang mempengaruhi dan menyekat aktiviti pelbagai organisasi dan individu dalam perniagaan.

  5. Persekitaran teknologi
  • Tenologi merujuk kepada ciptaan baru yang di hasilkan oleh penyelidikan. Inovasi berlaku apabila sesuatu produk atau kaedah yang lebih baik ditemui daripada penyelidikan yang di lakukan.

  6. Persekitaran fizikal
  • Persekitaran fizikal merngkumi semua sumber semula jadi termasuk air, udara, bahan galian dan hasil tanaman dijadikan sebagai input untuk pengeluaran barangan.

Ainon Mohd & Abdullah Hassan (1994) Teknik Berfikir: Konsep dan Proses, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Didtribucations sdn.bhd