Objektif Perniagaan
1. Keuntungan ~ baki pendapatan setelah ditolak semua perbelanjaan pengeluaran, pemasaran, dan perkhidmatan daripada jumlah penerimaan.
2. Penakatan ~ merupakan objektif untuk terus beroperasi di pasaran kerana hanya apabila sesebuah syarikat itu dapat terus hidup, objektf-objektif lain boleh tercapai.
3. Pertumbuhan ~ adalah objektif untuk memajukan syarikat. Peningkatan syer pasarn, produktiviti dan pembangunan individu adalah objektif pertumbuhan yang sangat penting. Pembukaan beberapa cawangan MAKRO di seluruh Malaysia adalah satu contoh pencapaian objektif melalui pertumbuhan.
4. Tanggungjawab ~ ialah satu komitmen oleh pihak syarikat untuk memberi perhatian kepada keperluan/kebajikan awam disamping aktiviti utama syarikat yang bermatlamatkan keuntungan. Contohnya, untuk mengawal pencemaran persekitaran, syarikat menggunakan bahan-bahan pembungkusan yang boleh di kitar semula.
Objektif bukan perniagaan
1.Meningkatkan penglibatan ahli dalam kegiatan-kegiatan berilmu seperti anjuran ceramah di masjid-masjid.
2. Mengrekrut ahli-ahli ke dalam kelab/persatuan seperti kelab alumni dan Persatuan Pandu Puteri.
3. Mengubah sukap negatif sesetengah golongan seperti yang dilakukan oleh PEMADAM, Greenpeace dan FOMCA.
No comments:
Post a Comment