Thursday, September 23, 2010

Sektor


Sektor swasta ~ merujuk kepada organisasi perniagaan yang dimiliki oleh individu-individu atau organisasi-organisasi tretentu sacara persendirian. Mereka saling bersaingan antara satu sama lain untuk mendapatkan sumber-sumber seperti tenaga buruh, modal, tanah untuk tapak kilang dan bahan-bahan mentah bagi pengeluaran produk dan perkhidmatan kepada konsumer. Sektor swasta adalah pemilikan tunggal, perniagaan perkongsian, perniagaan syarikat dan koperasi


Sektor awam ~ merujuk kepada organisasi-organisasi milik kerajaan yang menawarkan pelbagai barangan dan perkhidmatan kepada rakyat seperti pendidikan, rawatan pribatan, perkhidmatan polis, pertahanan dan infrastruktur. Sektor awam atau kerjaan tidak bermatlamatkan untuk mencari keuntungan.


Badan berkanun ~ ialah perbadanan kerajaan yang ditubuhkan di bawah undand-undang tertentu. Contoh badan berkanun ialah Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan Bank Pertanian. Badan berkanun merupakan entiti berasingan daripada perkhidmatan awam dan diuruskan oleh pengurus-pengurus yang berkemahiran dan berpengalaman sebagai pentadbir dalam kerajaan. Badan berkanun mempunyai fleksibiliti sebagai unit perniagaan.

Holt, D. (1993) Managment, 3rd Edition, New Jersey: Prentice Hall

No comments:

Post a Comment