Wednesday, September 1, 2010

Persekitaran tugas

1.  Pelanggan
  • Pelanggan merupakan komponen terpenting dan fokus utama dalam sistem perniagaan. Pelanggan sesebuah syarikat terdiri daripada individu-individu, kerajaan atau syarikat perniagaan lain. Setiap satunya empunyai ciri berbeza sama ada dari segi produk yang dikeluarkan ataupun cara keputusan belian dibuat.

2.  Pembekal

  • Pembekal merupakan jambatan atau orang tengah yang menghubungkan pihak pengeluar dengan pelanggan.

3.  Pesaing
  • Pesaing merupakan syarikat-syrikat lain yang wujud dalam industri yang sama. Persaingan boleh menghalang usaha-usaha pemasaran syarikat sama ada di peringkat domestik atau antarabangsa.
4.  Pembiaya dan pemodal
  • Pembiaya dan pemodal umumnya merujuk kepada bank, syarikat kewangan, syarikat insurans dan syarikat kad kredit yang terlibat dalam urus niaga kewangan yang menanggung risiko dalam urus niaga belian dan jualan barangan.
5.  Kerajaan
  • Undang-undang yang dibuat oleh kerajaan adalah berkaitan dengan jenis barangan yang boleh dijual, waktu operasi perniagaan, lesen perniagaan, tanda harga dan sebagainya.
6.  Pekerja
  • Pekerja merupakan aset penting bagi sesebuah organisasi. Mereka adalah pelanggan yang paling hampir dengan syrikat. Pekerja di dalam syrikat merangkumi peringkat pengurusan atasn, pengurusan pertengahan atau peringkat penyeliaan dan pekerja bawahan.

No comments:

Post a Comment