- Persekitaran umum
- Persekitaran ekonomi ~ merupakan satu persekitaran yang sangat diberikan perhatian oleh kebanyakan perniagaan. Antara ciri persekitaran ini adalah terdapat pembeli dan penjual saerta kehebatan persaingan dalam pasaran. Faktor yang mempengaruhi kuasa dan corak perbelanjaan pengguna.
2. Persekitaran persaingan
- Pasaran monopoli ~ pasaran yang terdiri daripada pengeluar tunggal dan mempunyai kuasa menentukan harga atau mengeluarkan barang yang tiada pengganti.
- Pasaran oligopoli ~ pasaran yang mempunyai beberapa firma besar yang menghasilkan barangan yang berbeza.
- Pasaran persajngan monopolistik ~ pasaran yang mempunyai banyak firma dan menghasilkan barang yang berbeza tetapi mempunyai pengganti hampir.
- Pasaran persaingan sempurna ~ pasaran yang mempunyai penjual yang banyak dalam menghasilkan barang yang homogen.
3. Persekitaran budaya
- Sosiobudaya adalah satu set gabungan kepercayaan, nilai, adat, amalan, idea dan sikap yang terdapat dalam sesuatu kumpulan manusia atau masyarakat yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Institusi seperti keluarga dan masyarakat yang mempengaruhi nilai asas, perspsi, kegemaran, dan gelagat pengguna.
4. Persekitaran politik
- Undang-undang, agensi kerajaan, dan kumpulan pendesak yang mempengaruhi dan menyekat aktiviti pelbagai organisasi dan individu dalam perniagaan.
5. Persekitaran teknologi
- Tenologi merujuk kepada ciptaan baru yang di hasilkan oleh penyelidikan. Inovasi berlaku apabila sesuatu produk atau kaedah yang lebih baik ditemui daripada penyelidikan yang di lakukan.
6. Persekitaran fizikal
- Persekitaran fizikal merngkumi semua sumber semula jadi termasuk air, udara, bahan galian dan hasil tanaman dijadikan sebagai input untuk pengeluaran barangan.
Ainon Mohd & Abdullah Hassan (1994) Teknik Berfikir: Konsep dan Proses, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Didtribucations sdn.bhd
No comments:
Post a Comment