Laporan rancangan perniagaan
Serbanika Sdn. Bhd. di tubuhkan untuk menjalankan perniagaan membungkus dan membekalkan minyak masak kelapa sawit. Minyak masak yang di bekalkan adalah berjenama Cap Buruh dan Cap Pisau Keluaran Syarikat Lam Soon. Serbanika Sdn. Bhd. telah dikenal pasti ialah peruncit, pemborong, pasar raya dan Angkatan Tentera Malaysia. Produk yang dibekalkan adalah dalam botol bersaiz satu kilogram, dua kilogram dan lima kilogram. Syarikat Serbanika mempunyai keupayaan membekalkan sebanyak 35,000 botol sebulan dan pada tahun pertama dijangkakan dapat memasarkan sebanyak 300,000 botol minyak masak dengan nilai jualan sebanyak RM350,000 setiap tahun untuk tempoh tiga tahun akan datang. Dengan kelebihan yang dimiliki oleh syarikat Serbanika Sdn. Bhd, ia mampu menguasai pasaran yang lebih luas lagi dalam industri minyak masak bertapis negara.
Di laporkan oleh, 20 oktober 2010
(Revathi a/p Chadran)
pengurus jabatan kewangan
Thursday, October 21, 2010
Friday, October 1, 2010
Kata alu-aluan
SEMANIS KATA
SELEMBUT BICARA
Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog saya. saya mengalukan anda semua untuk baca blog saya. tujuan saya menyediakan blog ini adalah untuk pelajar-pelajar STPM yang mengambil subjek pengajian perniagaan. selain itu, amat penting kepada sesiapa yang ingin menjadi sebagai usahawn yang berjaya.
Blog ini di sediakan dengan merujuk pelbagai rujukan yang di tulis oleh usahawan yang berjaya dalam kehidupan. Pada masa ini, perniagaan amat penting kepada semua remaja yang akan datang. Oleh sebab itu, saya berharap semua remaja dapat manfaat setelah membaca blog ini.
Sesiapa yang ingin memberi komen terhadap blog saya, tolong lampirkan dalam blognya. Saya ingin mengucapkan beribu-ribu terima kasih kepada semua yang sudi membaca blognya.

Monday, September 27, 2010
Prakata
Blog ini di tulis untuk pelajar-pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM0 yang mengambil subjek Pengajian Perniagaan. Isi kandungan blog ini mengandungi Sukatan Pelajaran Pengajian Perniagaan STPM yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Blog ini amat sesuai untuk di jadikan rujukan penting oleh pelajar_pelajar yang mengambil subjek Pengjian Perniagaan dalam STPM dan Matrikulasi.Setiap isi dalam blog ini telah di olah dengan kemas, teratur, dan sistematik.
Akhir sekali, saya berharap agar pelajar-pelajar akan memanfaatkan blog ini dengansepenuhnya untuk menghadapi peperiksaan. Segala komen berkaitan blog ini boleh di kemukakan. Nama-nama penulis tidak melambangkan keutamaan sumbangan kepada penuliis.

Definisi Pengurusan
Proses merancang, mengorganisasi, memimpin, dan mengawal usaha semua ahli organisasi dan menggunakan sumber organisasi untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan deangan cekap dan berkesan.
Griffin, R. W & Ebert, R. J. (1996) Bussiness, 4th Edition, New Jersey: Prentice Hall

- Kecekapan
- Keberkesanan
Griffin, R. W & Ebert, R. J. (1996) Bussiness, 4th Edition, New Jersey: Prentice Hall
Thursday, September 23, 2010
Sektor
Sektor swasta ~ merujuk kepada organisasi perniagaan yang dimiliki oleh individu-individu atau organisasi-organisasi tretentu sacara persendirian. Mereka saling bersaingan antara satu sama lain untuk mendapatkan sumber-sumber seperti tenaga buruh, modal, tanah untuk tapak kilang dan bahan-bahan mentah bagi pengeluaran produk dan perkhidmatan kepada konsumer. Sektor swasta adalah pemilikan tunggal, perniagaan perkongsian, perniagaan syarikat dan koperasi
Sektor awam ~ merujuk kepada organisasi-organisasi milik kerajaan yang menawarkan pelbagai barangan dan perkhidmatan kepada rakyat seperti pendidikan, rawatan pribatan, perkhidmatan polis, pertahanan dan infrastruktur. Sektor awam atau kerjaan tidak bermatlamatkan untuk mencari keuntungan.
Badan berkanun ~ ialah perbadanan kerajaan yang ditubuhkan di bawah undand-undang tertentu. Contoh badan berkanun ialah Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan Bank Pertanian. Badan berkanun merupakan entiti berasingan daripada perkhidmatan awam dan diuruskan oleh pengurus-pengurus yang berkemahiran dan berpengalaman sebagai pentadbir dalam kerajaan. Badan berkanun mempunyai fleksibiliti sebagai unit perniagaan.
Holt, D. (1993) Managment, 3rd Edition, New Jersey: Prentice Hall

Objektif Perniagaan
1. Keuntungan ~ baki pendapatan setelah ditolak semua perbelanjaan pengeluaran, pemasaran, dan perkhidmatan daripada jumlah penerimaan.
2. Penakatan ~ merupakan objektif untuk terus beroperasi di pasaran kerana hanya apabila sesebuah syarikat itu dapat terus hidup, objektf-objektif lain boleh tercapai.
3. Pertumbuhan ~ adalah objektif untuk memajukan syarikat. Peningkatan syer pasarn, produktiviti dan pembangunan individu adalah objektif pertumbuhan yang sangat penting. Pembukaan beberapa cawangan MAKRO di seluruh Malaysia adalah satu contoh pencapaian objektif melalui pertumbuhan.
4. Tanggungjawab ~ ialah satu komitmen oleh pihak syarikat untuk memberi perhatian kepada keperluan/kebajikan awam disamping aktiviti utama syarikat yang bermatlamatkan keuntungan. Contohnya, untuk mengawal pencemaran persekitaran, syarikat menggunakan bahan-bahan pembungkusan yang boleh di kitar semula.
Objektif bukan perniagaan
1.Meningkatkan penglibatan ahli dalam kegiatan-kegiatan berilmu seperti anjuran ceramah di masjid-masjid.
2. Mengrekrut ahli-ahli ke dalam kelab/persatuan seperti kelab alumni dan Persatuan Pandu Puteri.
3. Mengubah sukap negatif sesetengah golongan seperti yang dilakukan oleh PEMADAM, Greenpeace dan FOMCA.

Wednesday, September 1, 2010
Persekitaran tugas
1. Pelanggan
2. Pembekal
3. Pesaing
1. Pelanggan
- Pelanggan merupakan komponen terpenting dan fokus utama dalam sistem perniagaan. Pelanggan sesebuah syarikat terdiri daripada individu-individu, kerajaan atau syarikat perniagaan lain. Setiap satunya empunyai ciri berbeza sama ada dari segi produk yang dikeluarkan ataupun cara keputusan belian dibuat.
2. Pembekal
- Pembekal merupakan jambatan atau orang tengah yang menghubungkan pihak pengeluar dengan pelanggan.
3. Pesaing
- Pesaing merupakan syarikat-syrikat lain yang wujud dalam industri yang sama. Persaingan boleh menghalang usaha-usaha pemasaran syarikat sama ada di peringkat domestik atau antarabangsa.
- Pembiaya dan pemodal umumnya merujuk kepada bank, syarikat kewangan, syarikat insurans dan syarikat kad kredit yang terlibat dalam urus niaga kewangan yang menanggung risiko dalam urus niaga belian dan jualan barangan.
- Undang-undang yang dibuat oleh kerajaan adalah berkaitan dengan jenis barangan yang boleh dijual, waktu operasi perniagaan, lesen perniagaan, tanda harga dan sebagainya.
- Pekerja merupakan aset penting bagi sesebuah organisasi. Mereka adalah pelanggan yang paling hampir dengan syrikat. Pekerja di dalam syrikat merangkumi peringkat pengurusan atasn, pengurusan pertengahan atau peringkat penyeliaan dan pekerja bawahan.
Persekitaran Perniagaan
2. Persekitaran persaingan
3. Persekitaran budaya
4. Persekitaran politik
5. Persekitaran teknologi
6. Persekitaran fizikal
Ainon Mohd & Abdullah Hassan (1994) Teknik Berfikir: Konsep dan Proses, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Didtribucations sdn.bhd
- Persekitaran umum
- Persekitaran ekonomi ~ merupakan satu persekitaran yang sangat diberikan perhatian oleh kebanyakan perniagaan. Antara ciri persekitaran ini adalah terdapat pembeli dan penjual saerta kehebatan persaingan dalam pasaran. Faktor yang mempengaruhi kuasa dan corak perbelanjaan pengguna.
2. Persekitaran persaingan
- Pasaran monopoli ~ pasaran yang terdiri daripada pengeluar tunggal dan mempunyai kuasa menentukan harga atau mengeluarkan barang yang tiada pengganti.
- Pasaran oligopoli ~ pasaran yang mempunyai beberapa firma besar yang menghasilkan barangan yang berbeza.
- Pasaran persajngan monopolistik ~ pasaran yang mempunyai banyak firma dan menghasilkan barang yang berbeza tetapi mempunyai pengganti hampir.
- Pasaran persaingan sempurna ~ pasaran yang mempunyai penjual yang banyak dalam menghasilkan barang yang homogen.
3. Persekitaran budaya
- Sosiobudaya adalah satu set gabungan kepercayaan, nilai, adat, amalan, idea dan sikap yang terdapat dalam sesuatu kumpulan manusia atau masyarakat yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Institusi seperti keluarga dan masyarakat yang mempengaruhi nilai asas, perspsi, kegemaran, dan gelagat pengguna.
4. Persekitaran politik
- Undang-undang, agensi kerajaan, dan kumpulan pendesak yang mempengaruhi dan menyekat aktiviti pelbagai organisasi dan individu dalam perniagaan.
5. Persekitaran teknologi
- Tenologi merujuk kepada ciptaan baru yang di hasilkan oleh penyelidikan. Inovasi berlaku apabila sesuatu produk atau kaedah yang lebih baik ditemui daripada penyelidikan yang di lakukan.
6. Persekitaran fizikal
- Persekitaran fizikal merngkumi semua sumber semula jadi termasuk air, udara, bahan galian dan hasil tanaman dijadikan sebagai input untuk pengeluaran barangan.
Ainon Mohd & Abdullah Hassan (1994) Teknik Berfikir: Konsep dan Proses, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Didtribucations sdn.bhd
Monday, August 30, 2010
Faktor pengeluaran
Sistem perniagaan sama seperti sistem ekonomi, memerlukan sumber-sumber untuk mengeluarkan barangan dan perkhidmatan.
1. Tanah
Tanah merupakan sumber alam semula jadi yang boleh digunakan untuk pengelauran barangan dan perkhidmatan. Tanah meliputi semua sumber perhutana seperti kayu balak, sumber pertanian seperti hasil pertanian oleh pekebun, sumber perusahaan seperti hasil pertanian oleh pekebun, sumber perusahaan seperti tapak-tapak kilang milik usahawan, sumber galian seperti bijih timah, gas dan minyak serta sumber lautan seperti hasil tangkapan ikan.
2.Buruh
Buruh pula merupakan semua sumber manusia yang diperlukan untuk menukarkan bahan-bahan mentah kepada barangan dan perkhidmatan. Ini termasuk semua pekerja dalam sesebuah organisasi daripada pengurusan atasan hingga ke pekerja bawahan. Setiap pekerja mempunyai kemahiran yang berbeza dan kemahiran pangurusan merupakan aspek penting bagi tenaga buruh dalam sebuah organisasi.
3.Modal
Modal ialah jumlah kewangan dan per alatan, kelengkapan, jentera dan bangunan yang di gunakan unyuk pengeluaran barangan dan perkhidmatan. Dalam kes ini, modal bukan merujuk kepada kewangan sahaja kerana wang dengan sendirinya adalah tidak produktif. Namun, apabila wang yang digunakan untuk membeli peralatan seperti mesin, komputer dan bangunan, wang tersebut dikatakan produktif kerana dapat meningkatkan kecekapan dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan.
4.Keusahawanan
Keusahawanan ialah himpunan kemahiran dan keupayaan menghadapi risiko serta kreativiti yang perlu digabungkan dengan faktor-faktor pengeluaran yang lain untuk pengeluaran barangan dan perkhidmatan.
Aminuddin, M. (1997) a Guide to Human Resoe Managment, 2nd Edition, Shah Alam: Fajar Bakti

Wednesday, August 25, 2010
Definisi perniagaan
Aktiviti menyediakan barang dan perkhidmatan kepada pelanggan dengan bermotifkan keuntungan.
Perniagaan merangkumi empat perkara penting yang berikut:
dan perkhidmatan yang di hasilkan oleh pemasar. Untuk memastikan urus niaga berlaku dan keuntungan perlu menawarkan barangan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

- Barangan atau perkhidmatan
- Pertukaran nilai
- Keuntungan perniagaan
- Memudahkan keperluan dan kehendak pengguna
dan perkhidmatan yang di hasilkan oleh pemasar. Untuk memastikan urus niaga berlaku dan keuntungan perlu menawarkan barangan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
Proses perniagaan
- Input
- Proses pengeluaran
- Output
Sunday, August 22, 2010
PENDEKATAN TINGKAH LAKU DAN HUBUNGAN MANUSIA
1) Fokus utama pendekatan ini ialah mengkaji bagaimana tingkahlaku
pengurus dapat mendorong dan memotivasi pekerja bagi membolehkan
mereka bekerja dengan cekap untuk mencapai objektif yang telah
ditetapkan.
2) Pendekatan ini memberi tumpuan terhadap peningkatan kejayaan organisasi melalui penumpuan ke atas sumber manusia dalam organisasi.
3) Pendekatan hubungan manusia berorientasikan manusia dalam pengurusan.
4) Objektif utama pendekatan ini ialah untuk mengukuhkan kejayaan
organisasi melalui pembentukan hubungan yang bersesuaian dengan
manusia yang baik.
5) Pengurus perlu mengetahui mengapa pekerja menunjukkan satu
tingkahlaku yang tertentu dan apakah faktor psikologi dan sosial yang
mempengaruhi mereka bertingkahlaku.

Fayol juga telah memperkenalkan 14 prinsip pengurusan umum untuk dijadikan
panduan kepada pengurus dalam menguruskan organisasi. Pemilihan prinsip ini
bergantung kepada pengalaman pengurus untuk dijadikan sebagai panduan dalam
menguruskan organisasi.
• Pembahagian kerja
• Autoriti
• Disiplin
• Satu arahan
• Uniti arah dan tujuan
• Mengutamakan kepentingan umum
• Ganjaran
• Pemusatan
• Rantaian skala
• Teratur
• Ekuiti
• Kestabilan perkhidmatan personel
• Inisiatif
• Esprit de corps (kerjasama)
a) Autoriti
• Usaha memberi arahan dan mendapatkan ketaatan
• Wujud daripada kedudukan formal dalam organisasi
• Mewujudkan tanggungjawab
b) Disiplin Penting untuk melancarkan perjalanan organisasi
c) Satu arahan Pekerja hanya menerima arahan daripada seorang ketua sahaja
d) Uniti arah dan tujuan Semua aktiviti dirancang untuk mencapai matlamat yang sama
e) Mengutamakan kepentingan umum tidak mengutamakan kepentingan peribadi atau kepentingan sekumpulan pekerja tertentu sahaja dalam organisasi.
f) Ganjaran Pemberian ganjaran yang adil kepada pekerja dan majikan
g) Pemusatan
• Pemusatan atau pemencaran bergantung pada keadaan
• Memaksimumkan penggunaan kepakaran atau kecekapan pekerja
h) Rantaian skala
• Rantaian autoriti dari atas ke bawah
• Menggalakkan komunikasi mendatar
i) Teratur
• Peralatan disimpan di tempat masing-masing
• Pekerja yang sesuai ditugaskan di tempat yang betul
j) Ekuiti Pekerja dilayan dengan adil dan saksama
k) Kestabilan perkhidmatan personel Mengelakkan pusing ganti pekerja kerana pengambilan pekerja baru melibatkan masa dan kos latihan yang tinggi
l) Inisiatif Pekerja digalakkan untuk mempunyai inisiatif sendiri dalam menyempurnakan tugas masing-masing
m) Esprit de corps (kerjasama) Mengutamakan perpaduan dan semangat kerja berpasukan dalam menyempurnakan tugas

SUMBANGAN HENRI FAYOL Henri Fayol (1841-1925)
1) Fayol merupakan individu yang pertama membincangkan pengurusan sebagai
satu proses dan juga mempunyai fungsi-fungsi yang khusus yang perlu diikuti
oleh setiap pengurus. Beliau digelar ‘Bapa Pemikiran Pengurusan’ disebabkan
oleh idea-idea beliau dalam bidang pengurusan dan idea-idea beliau masih lagi
digunakan hingga saat ini. Menurut Fayol setiap organisasi perlu diuruskan
berdasarkan 5 fungsi pengurusan iaitu:
• Perancangan
• Pengorganisasian
• Pengarahan
• Penyelarasan
• Pengawalan
i. Perancangan Pengurus perlu membuat jangkaan terhadap peristiwa yang boleh memberi kesan kepada organisasi dan merancang pelan operasi yang sesuai untuk mendapatkan keputusan yang diingini pada masa depan.
ii. Pengorganisasian Pengurus harus menentukan gabungan yang sesuai bagi sumber organisasi,termasuk mesin, bahan dan tenaga manusia; untuk menyiapkan sesuatu tugas.
iii. Pengarahan Pengarahan melibatkan proses memberi arahan kepada pekerja. Pengurus perlu
bertindak sebagai model peranan dan mengamalkan komunikasi dua hala semasa
memberi arahan.
iv. Penyelarasan Pengurus akan menyelaraskan tindakan mereka melalui aktiviti yang
dilaksanakan. Pengurus harus sentiasa menilai struktur sedia ada jika wujud
sebarang kelemahan
.v. Pengawalan Pengawalan penting bagi memastikan aktiviti sebenar yang dijalankan adalah Konsisten dengan aktiviti yang dirancang

Subscribe to:
Posts (Atom)